Dokumentasi Bahagian KoKurikulum


Salam sejahtera,

Saya mengalu-alukan sebarang komen dan sumbangan bahan bagi Bahagian Kokurikulum daripada semua guru SMK Tamparuli.
Sila salurkan laporan aktiviti Ko-Kurikulum mengikut format yang telah ditetapkan oleh SKPM.
Bagi laporan aktiviti, sila post melalui komen atau e-mail kepasa saya terus untuk dimuatkan dalam Laporan Unit masing-masing.

Visi dan Misi




VISI SMK TAMPARULI
SMK TAMPARULI akan berada dalam kelompok 10 sekolah gemilang
di negeri SABAH pada tahun 2010


MISI SMK TAMPARULI
  • Memimpin, mengurus, mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan
  • Mengamalkan budaya kerja yang beretika
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik
  • Melahirkan pelajar yang unggul dalam kokurikulum
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah mulia
  • Mewujudkan prasarana dan persekitaran sekolah yang selamat dan ceria
  • Menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti

UNIT DOKUMENTASI SMK TAMPARLI 2009

LATAR BELAKANG

Unit dokumentasi sekolah mula ditubuhkan di sekolah ini sejak tahun 2006 namun pada ketika itu ia hanya menumpang tempat di bilik mesyuarat Pengetua. Pada penghujung 2008 bilik Unit Dokumentasi yang baru telah siap dibina dan kerja-kerja pembersihan, pemindahan semua dokumen dan keceriaan telah bermula secara berperingkat-peringkat. Bilik Unit Dokumentasi yang baru ini diberi nama “Hub - Multi Info” yang bermaksud tempat penyimpanan pelbagai maklumat.

Ia mula beroperasi pada 4 Januari 2009 dan penambahbaikan sedang dilakukan dari semasa ke semasa.

OBJEKTIF

  • Tempat penyimpanan berpusat bagi segala dokumen-dokumen yang berkaitan dengan SMK Tamparuli.
  • Tempat penyimpanan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pendidikan.
  • Sumber rujukan utama kakitangan SMK Tamparuli dan pelawat-pelawat yang ingin mendapat sesuatu maklumat.


KUMPULAN SASARAN

Semua kakitangan SMK Tamparuli dan pelawat- pelawat dari luar.


STRATEGI

  • Memastikan semua unit menghantar fail atau dokumen yang berkenaan dengan bidang masing-masing.
  • Memastikan pengkemaskinian dilakukan dari semasa ke semasa terhadap fail-fail yang disimpan di bilik dokumentasi.
  • Mengumpul dan merekod dokumen-dokumen yang di hantar.
  • Menjaga dan menceriakan bilik dokumentasi dari semasa ke semasa.


SENARAI TUGAS BILIK DOKUMENTASI SEKOLAH
  • Bertanggungjawab kepada pihak pentadbiran
  • Mendaftarkan dokumen yang masuk di bilik UDS
  • Mengumpul semua laporan setiap unit Pentadbiran, Kurikulum,HEM dan Kokurikulum
  • Membuat pengkatalogan dokumen
  • Mengeluarkan surat kepada setiap unit untuk tujuan melengkapkan dokumen di dalam bilik Unit
  • Menjaga, menceriakan dan mengemas bilik dokumentasi dari semasa ke semasa
  • Memastikan setiap unit/bahgian masing-masing ‘update fail’.