Dokumentasi Bahagian KoKurikulum


Salam sejahtera,

Saya mengalu-alukan sebarang komen dan sumbangan bahan bagi Bahagian Kokurikulum daripada semua guru SMK Tamparuli.
Sila salurkan laporan aktiviti Ko-Kurikulum mengikut format yang telah ditetapkan oleh SKPM.
Bagi laporan aktiviti, sila post melalui komen atau e-mail kepasa saya terus untuk dimuatkan dalam Laporan Unit masing-masing.

Kandungan Fail Unit

KANDUNGAN FAIL UNIT BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN DAN KELAB SUKAN DAN PERMAINAN

1. Surat permohonan penubuhan Unit Beruniform / Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan daripada guru / murid disertakan bersama :

1.1 Draf Perlembagaan

1.2 Draf aktiviti asas

1.3 Senarai Jawatankuasa Penaja.

2. Surat kelulusan penubuhan daripada Pengetua selaku Penolong Pendaftar Sekolah. Ada pernyataan keluusan penubuhan

3. Surat perlantikan sebagai Guru Pemimpin / Penasihat. Ada pernyataan penurunan kuasa pengelolaan dan penyeliaan.

4. Minit mesyuarat Agung penubuhan.

5. Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua.

6. Senarai jawatankuasa yang disahkan oleh Pengetua.

7. Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua.

8. Jadual aktiviti tahunan yang disahkan oleh Pengetua.

9. Senarai keahlian yang disahkan oleh Guru Pemimpin / Penasihat.

10. Surat permohonan mengutip derma keahlian daripada Bendahari.

11. Surat kelulusan mengutip derma daripada Pengetua.

12. Akaun kewangan / belanjawan yang disahkan.

13. Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada Guru Pemimpin / Penasihat kepada Pengetua

14. Surat kelulusan untuk menjadi ahli gabungan daripada Pengetua

15. Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada Badan Induk.

16. Surat penerimaan untuk menjadi ahli gabungan daripada Badan Induk

17. Minit-minit mesyuarat yang diadakan

18. Surat-surat pekeliling yang berkaitan daripada

18.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

18.2 Jabatan Pelajaran Sabah

18.3 Pejabat Pendidikan Gabungan / Daerah

18.4 Sekolah

19. Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli

20. Laporan setiap aktiviti Mingguan

21. Laporan Lengkap Tahunan

22. Daftar penilaian bagi setiap ahli

23. Surat penyerahan kembali kuasa dan perlantikan sebagai Guru pemimpin daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua

24. Stok dan inventori

25. Sampel-sampel Sijil / Surat Penghargaan