PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM
OBJEKTIF
- Memberi panduan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum
- Membolehkan Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengamalkan satu kaedah pengurusan yang sistematik.
- Menyediakan proses-proses yang boleh diikuti dan dinilai mengikut prosedur yang jelas.
- Menggerakkan pengurusan kokurikulum ke arah peningkatan kecemerlangan.
CARTA ORGANISASI

SENARAI TUGAS
Tugas Pengurusan Kokurikulum
Persatuan Dan Kelab
- Merancang kegiatan persatuan dan kelab
- Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
- Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
- Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah
Pasukan Pakaian Seragam
- Merancang kegiatan pasukan pakaian seragam
Kelab Sukan Dan Permainan
- Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan
- Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan
- Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan
- Menyelaras aktiviti-aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah
Tugas Pentadbiran
- Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. 196 bertarikh 21hb. Mei 1998.
- Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum sekolah
- Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum
- Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah diambil
- Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum
- Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957
- Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti Hari Kokurikulum Sekolah)
- Mennyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian
- Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum
- Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan dan dihantar sesalinan ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan Negeri
- Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan kokurikulum
- Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka
- Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah
Tugas Pengurusan Koperasi Sekolah
- Mengatur rancangan jangka panjang dan jangka pendek serta menentukan perlaksanaannya
- Mengawasi perjalanan koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-undang Kecil Koperasi.
Tugas Penerbitan Majalah Sekolah
- Merancang jadual kerja penerbitan majalah sekolah
- Menyelia perlaksanaan penerbitan majalah sekolah
- Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
- Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa kesemasa