LATAR BELAKANG
Unit dokumentasi sekolah mula ditubuhkan di sekolah ini sejak tahun 2006 namun pada ketika itu ia hanya menumpang tempat di bilik mesyuarat Pengetua. Pada penghujung 2008 bilik Unit Dokumentasi yang baru telah siap dibina dan kerja-kerja pembersihan, pemindahan semua dokumen dan keceriaan telah bermula secara berperingkat-peringkat.
Bilik Unit Dokumentasi yang baru ini diberi nama “Hub - Multi Info” yang bermaksud tempat penyimpanan pelbagai maklumat. Ia mula beroperasi pada 4 Januari 2009 dan penambahbaikan sedang dilakukan dari semasa ke semasa.
OBJEKTIF
- Tempat penyimpanan berpusat bagi segala dokumen-dokumen yang berkaitan dengan SMK Tamparuli.
- Tempat penyimpanan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pendidikan.
- Sumber rujukan utama kakitangan SMK Tamparuli dan pelawat-pelawat yang ingin mendapat sesuatu maklumat.
KUMPULAN SASARAN
- Semua kakitangan SMK Tamparuli dan pelawat- pelawat dari luar.
STRATEGI
- Memastikan semua unit menghantar fail atau dokumen yang berkenaan dengan bidang masing-masing.
- Memastikan pengkemaskinian dilakukan dari semasa ke semasa terhadap fail-fail yang disimpan di bilik dokumentasi.
- Mengumpul dan merekod dokumen-dokumen yang di hantar.
- Menjaga dan menceriakan bilik dokumentasi dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS BILIK DOKUMENTASI SEKOLAH
- Bertanggungjawab kepada pihak pentadbiran
- Mendaftarkan dokumen yang masuk di bilik UDS
- Mengumpul semua laporan setiap unit Pentadbiran, Kurikulum,HEM dan Kokurikulum
- Membuat pengkatalogan dokumen
- Mengeluarkan surat kepada setiap unit untuk tujuan melengkapkan dokumen di dalam bilik Unit
- Menjaga, menceriakan dan mengemas bilik dokumentasi dari semasa ke semasa
- Memastikan setiap unit/bahgian masing-masing ‘update fail’.